Ahad, 30 Mei 2010

My Convovation Day...Happy and Sad Moment

Pada tahun 2006 aku mula melangkahkan kaki ke universiti..aku takde la pandai sangat..tapi alhamdulillah aku dapat masuk uitm..dalam bidang kewartawanan..xpernah terdetikpun untuk aku belajar dalam jurusan wartawan. Pada hari mendaftar, aku lihat ramai pelajar baru yang datang dengan semua ahli keluarga sambil aku hanya ditemani mama..arwah papa hanya mampu melihat aku dari alam lain..aku percaya papa bangga dengan aku.

Aku tahu bukan aku je yang bernasib macamtu..ramai lagi senasib dengan aku.. Waktu tu masa yang dapat aku luangkan dengan mama agak singkat..mama terpaksa pulang..melihat titisan airmata dia buat aku sebak jugak..mengalir jgak airmata aku..

3 tahun aku belajar...hasil kena marah dengan seseorang yang amat aku sayang dan cintai..seseorang yang sgt2 sayangkan aku tanpa mengira penat dan lelah... Nordiana Fareza..gadis yang berjaya menyedarkan aku untuk meneruskan pelajaran selepas tamat stpm..waktu aku mula2 masuk U dia tiada bersama aku kerana dia sedang bersiap2 untuk smbg study dia ke Australia.

Macam2 pengalaman, masalah aku lalui sepanjang 3 tahun aku belajar...alhamdulillah semuanya dapat aku tempuh tanpa sebarang masalah...semuanya berkat doa mama, by dan kawan2...credit 4 all of u..

Pada tarikh 27/Mei/2010..telah berlangsungnya istiadat konvokesyen Uitm ke 72..dan setelah aku berjaya tamatkan study..aku layak untuk konvo...alhamdulillah..sekali lagi satu kejayaan dalam hidup aku..walaupun aku ukan best student utk pki selempang semua tu..tp aku berjaya untuk tamatkan pelajaran dlm gred 2nd class upper..kira bagus apa...

Kali ini aku sgt2 gembira kerana 2org yg sangat aku syg...mama dan by dpt dtg utk bersama aku pada hari konvo tersebut...thank u so much.....

Setelah aku keluar dewan...mama peluk aku dan berbisik sambil menangis..mengatakan papa pasti bangga jika dia ada pada hari tersebut...dalam hati aku berkata..papa sentiasa melihat aku..dan sgt2 bangga dengan aku..aku pasti...tp utk menyedapkan hati aku dan xmenangis..aku hanya mengatakan pada mama..xpe..mama da ada pun kira baik untuk shah...

Dalam hidup kita takkan pernah dapat menduga apa yg akan berlaku.jd kita kena sentiasa bersyukur..aku bersyukur 2 org yg sgt aku syg dapat bersama aku... apa yg mengejutkan, malam sebelumnya, mama menghadiahkan aku sebuah telefon bimbit nokia XpressMusic..aku tak sangka sgt2...terima kasih mama...

Pada hari konvo pula, by hadiahkan aku sejambak bunga dengan teddy bear yg comel....so sweet.tq by... abah n mama bypun turut hadiahkan aku sejambak bunga..betapa tersentuh hati aku...bila aku sedar terlalu ramai yg sayangkan aku dlm dunia ni..

Sekarang apa yang perlu aku lakukan, aku perlu bahagiakan kesemua mereka...aku xnak kehilangan org yg tersayang lagi dlm waktu terdekat ni... terima kasih semua....terima kasih yang terhingga....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan