
Band rock British ni buatkan aku belajar untuk mendalami lebih dalam pasal muzik..tapi..aku masih lagi sengal...sampai sekarang tak otai-otai lagi.. Matthew Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howard..tiga ahli muzik yang terbaik pada aku dan pasti akan jadi legend satu hari nanti..
Muzik yang mereka mainkan tidak tetap pada satu genre, tapi berbagai-bagai bunyinya..tak semua orang nampak kehebatan MUSE...biarla apa orang nak kata kalau aku banggakan MUSE..tapi hakikatnya diorang mmg hebat...aku teringin nak jadi macam Matt..bijak dalam susunan muzik, kawalan vokal..tapi..aku masih tiada bakat tu..
Kalau aku memiliki bakat seperti dia..aku nak ubah industri muzik kita...yang ntah pape ntah...tapi..mampu ke aku..
Bergerak seiring dengan muzik diorang..sampai terlentok dengan lagu 'Unintended' dan 'Hate This and I'll Love You' hingga terhasilnya album kedua mereka iaitu 'Origin Of Symmetry' pada tahun 2001..aku dapat rasakan kerancakan muzik muse dalam diri aku..
Mana tak layan dengan lagu 'New Born', 'Bliss', 'Space Dementia' dan 'Plug in Baby'..sampaikan pegi jamming tak lekang lagu tu dimainkan..
Kehebatan diorang tak berhenti di situ...album 'Absolution' pada tahun 2003 buatkan aku lebi h jadi bertambah fanatik kat diorang...lagu 'Hysteria', 'Time Is Running Out' dan 'Sing For Absolution' buatkan aku bagai nak gila layan muse..
Kalau lah aku mampu untuk memiliki gadget, pickup yang terbaik macam Matt..pasti aku mampu untuk jadi macam dia...
Walaupun semakin hari bertambah macam-macam rock band antarabangsa dan tempatan..aku masih tak boleh lekang dengan muzik MUSE..band ni banyak mengajar erti kelainan muzik pada aku..
Sampaikan sanggup aku beli vcd konsert diorang..kat mana lagi..beli kat Yik Foong la...klu ada sapa2 yang tau la....sampai awek mantap kat situ pun knal aku da..ahha...
Sambil aku tulis ni tengah dok layan lagu 'Cave'..argghh....serius aku minat band ni...
Tahun berganti tahun..aku mainkan lagu-lagu muse kat cd player..sampaikan main gitar pun lagu muse..tapi takdelah sehandal Matt..aku mengharapkan sesuatu yang baru dari MUSE...
Memang tak sangka..bila aku masuk UiTM..MUSE keluar dengan album baru pada tahun 2006..'Black Holes and Revelation'.. memang kelainan yang diberi oleh MUSE..diorang tekankan elemen muzik serantau pada waktu tu yang diammbil dari negara China..dan Asia lain...
'Starlight', 'Knight Of Cynodia', 'Hoodoo' dan banyak lagi.. Aku tak kecewa dengan kelainan yang diorang buat..aku masih lagi seronok mendengar muzik dan lagu-lagu diorang...
Tapi yang amat menyakitkan hati aku...konsert MUSE kat Malaysia aku tak dapat nak pegi..arghh...bodohnya aku masa tu...kenapa la aku tak pegi...sampai sekarang aku harap Muse akan datang Malaysia lagi..
Hmm..agak lama jugak diorang senyap lepas tu....rindu aku nak dengar lagu-lagu MUSE.. great tahun ni diorang kuarkan album lagi..'Resistance'.... serius great album...masih kekalkan elemen muzik dari negara serantau..kini elemen muzik Italy lebih banyak digunakan diorang..
'Uprising', 'Resistance' dan 'Unnatural Selection' aku rasa adalah yang terbaik dari diorang...
Aku masih menanti untuk dapatkan video-video lagu terbaru diorang...kagum aku dengan MUSE...
Yang pastinya bagi aku...MUSE tak akan hilang dari kotak fikiran aku....aku akan terus kagumi diorang...biarpun banyak band rock lagenda dah ada...tapi bagi aku MUSE adalah yang terbaik...
Biarpun sekarang aku agak addict pada 'My Chemical Romance' tapi kelainan dua band ni buatkan aku dapat bandinngkan apa itu muzik sebenarnya...

Yang pastinya...aku akan terus mengikuti MUSE walaupun aku dah beranak cucu nanti..ahha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan