Alhamdulillah...sakit2 gigi pun berjaya selesaikn interview kat sinar harian..emm..agak menakutkan jugak walaupun si penemuduga tu baik2 belaka... ada ke patut dia nak transfer aku g johor...tp siap nak bg kereta, elaun minyak, elaun kredit..emm...aku da le da lama xbawak kereta..huhu..
Belah petang lak aku dapat col dr Patrick Thong..bos kat satu company tv network ni..dia macam nak amik aku keje..tp dia kt pulak wajib ada transport sndri..dan dia suh aku beli kereta dl..ada ke patut..pening jugak kpale aku nak pikir ni..hadoi...
Tapi paling best..lpas aku g Pusat Kesihatan UiTM..lepak nak makan..boleh terjumpa pensyarah tersayang...Dr Siti Zabedah..apa lagi...bersembang panjang la..yang tak tahan..ada anak dia..cun jugak....hehehehe.......kalau Dr berkenan nak amik aku jd menantu..ok jgk...hehehe....
Aku pun amik kesempatan la promote diri...bukan promote diri untuk anak dia...akukan da ada awek tercinta..lagi............comel......cun melecun..........hehe..aku promote la pasal aku wat part time amik gambar...hehe..nak tambah customer...
Kadang2 hidup ni ada seronok ada xseronok.....susah nak fikirkn hidup ni....tp paling tak seronok, aku xdpt tido malam semalam..hampeh..sakit gigi melampau...sampai aku hentuk kepala kat dinding...damn...lagi 5 ari aku nak cabut gigi...yeay.........xsabar.....harap2 dapat la.....xtertanggung da rasanya.....
Khamis, 31 Disember 2009
Rabu, 30 Disember 2009
terima saja ketentuan tuhan
Mengejutkan jugak bila dengar berita kemalangan bas sani ekspress kat ipoh beberapa hari lalu..saja nak tggu biar berita tu berlalu dulu...seperti biasa isu yang kuar sama je...pemandu cuai la..jalan tak elok la...kemalangan berlaku lepas tengah malam la..dari dulu tu je la...
Tapi ada jugak yang lain, bila reporter mintak pandangan orang ramai, depa bukan main lagi..salahkan pemandu..salahkan penguatkuasaan undang2...apa la...depa tak berfikir ke masa cakap tu..memang la yang terkorban tu bukan ahli keluarga aku....orang akan cakap senang je aku menulis macam ni..
Tapi cuba kita fikir betul2...pemandu bas tu manusia...bukan robot...manusia sentiasa melakukan kesilapan...takkan la kita sentiasa nak jadi perfect...cuba fikir tu... lagi satu..tidak ke kita sedar semua ni sudah ditentukan Allah S.W.T sendiri...ajal maut bukan ke ditangan tuhan..jadi kenapa kita nak bising2....menuduh orang lain yang bersalah..kenapa tidak kita terima saja ketentuan yang tuhan telah tetapkan ni?semuanya sudah tersurat...kita semua akan pergi nanti...cuma cara yang tuhan tentukan je berbeza...jadi apa kata kita fikir bersama...jangan lagi kita nak menuduh orang tu orang ni...kita hargailah sementara tuhan masih bagi kita peluang untuk hidup ni....
Tapi ada jugak yang lain, bila reporter mintak pandangan orang ramai, depa bukan main lagi..salahkan pemandu..salahkan penguatkuasaan undang2...apa la...depa tak berfikir ke masa cakap tu..memang la yang terkorban tu bukan ahli keluarga aku....orang akan cakap senang je aku menulis macam ni..
Tapi cuba kita fikir betul2...pemandu bas tu manusia...bukan robot...manusia sentiasa melakukan kesilapan...takkan la kita sentiasa nak jadi perfect...cuba fikir tu... lagi satu..tidak ke kita sedar semua ni sudah ditentukan Allah S.W.T sendiri...ajal maut bukan ke ditangan tuhan..jadi kenapa kita nak bising2....menuduh orang lain yang bersalah..kenapa tidak kita terima saja ketentuan yang tuhan telah tetapkan ni?semuanya sudah tersurat...kita semua akan pergi nanti...cuma cara yang tuhan tentukan je berbeza...jadi apa kata kita fikir bersama...jangan lagi kita nak menuduh orang tu orang ni...kita hargailah sementara tuhan masih bagi kita peluang untuk hidup ni....
Isnin, 19 Oktober 2009
MUSE...

Band rock British ni buatkan aku belajar untuk mendalami lebih dalam pasal muzik..tapi..aku masih lagi sengal...sampai sekarang tak otai-otai lagi.. Matthew Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howard..tiga ahli muzik yang terbaik pada aku dan pasti akan jadi legend satu hari nanti..
Muzik yang mereka mainkan tidak tetap pada satu genre, tapi berbagai-bagai bunyinya..tak semua orang nampak kehebatan MUSE...biarla apa orang nak kata kalau aku banggakan MUSE..tapi hakikatnya diorang mmg hebat...aku teringin nak jadi macam Matt..bijak dalam susunan muzik, kawalan vokal..tapi..aku masih tiada bakat tu..
Kalau aku memiliki bakat seperti dia..aku nak ubah industri muzik kita...yang ntah pape ntah...tapi..mampu ke aku..
Bergerak seiring dengan muzik diorang..sampai terlentok dengan lagu 'Unintended' dan 'Hate This and I'll Love You' hingga terhasilnya album kedua mereka iaitu 'Origin Of Symmetry' pada tahun 2001..aku dapat rasakan kerancakan muzik muse dalam diri aku..
Mana tak layan dengan lagu 'New Born', 'Bliss', 'Space Dementia' dan 'Plug in Baby'..sampaikan pegi jamming tak lekang lagu tu dimainkan..
Kehebatan diorang tak berhenti di situ...album 'Absolution' pada tahun 2003 buatkan aku lebi h jadi bertambah fanatik kat diorang...lagu 'Hysteria', 'Time Is Running Out' dan 'Sing For Absolution' buatkan aku bagai nak gila layan muse..
Kalau lah aku mampu untuk memiliki gadget, pickup yang terbaik macam Matt..pasti aku mampu untuk jadi macam dia...
Walaupun semakin hari bertambah macam-macam rock band antarabangsa dan tempatan..aku masih tak boleh lekang dengan muzik MUSE..band ni banyak mengajar erti kelainan muzik pada aku..
Sampaikan sanggup aku beli vcd konsert diorang..kat mana lagi..beli kat Yik Foong la...klu ada sapa2 yang tau la....sampai awek mantap kat situ pun knal aku da..ahha...
Sambil aku tulis ni tengah dok layan lagu 'Cave'..argghh....serius aku minat band ni...
Tahun berganti tahun..aku mainkan lagu-lagu muse kat cd player..sampaikan main gitar pun lagu muse..tapi takdelah sehandal Matt..aku mengharapkan sesuatu yang baru dari MUSE...
Memang tak sangka..bila aku masuk UiTM..MUSE keluar dengan album baru pada tahun 2006..'Black Holes and Revelation'.. memang kelainan yang diberi oleh MUSE..diorang tekankan elemen muzik serantau pada waktu tu yang diammbil dari negara China..dan Asia lain...
'Starlight', 'Knight Of Cynodia', 'Hoodoo' dan banyak lagi.. Aku tak kecewa dengan kelainan yang diorang buat..aku masih lagi seronok mendengar muzik dan lagu-lagu diorang...
Tapi yang amat menyakitkan hati aku...konsert MUSE kat Malaysia aku tak dapat nak pegi..arghh...bodohnya aku masa tu...kenapa la aku tak pegi...sampai sekarang aku harap Muse akan datang Malaysia lagi..
Hmm..agak lama jugak diorang senyap lepas tu....rindu aku nak dengar lagu-lagu MUSE.. great tahun ni diorang kuarkan album lagi..'Resistance'.... serius great album...masih kekalkan elemen muzik dari negara serantau..kini elemen muzik Italy lebih banyak digunakan diorang..
'Uprising', 'Resistance' dan 'Unnatural Selection' aku rasa adalah yang terbaik dari diorang...
Aku masih menanti untuk dapatkan video-video lagu terbaru diorang...kagum aku dengan MUSE...
Yang pastinya bagi aku...MUSE tak akan hilang dari kotak fikiran aku....aku akan terus kagumi diorang...biarpun banyak band rock lagenda dah ada...tapi bagi aku MUSE adalah yang terbaik...
Biarpun sekarang aku agak addict pada 'My Chemical Romance' tapi kelainan dua band ni buatkan aku dapat bandinngkan apa itu muzik sebenarnya...

Yang pastinya...aku akan terus mengikuti MUSE walaupun aku dah beranak cucu nanti..ahha....
Ahad, 18 Oktober 2009
Kebuntuan hidup..
aku mula menulis blog ni lagi.. aku masih mencari hala tuju hidup aku...seronok praktikal di mstar..aku dapat rasa cabaran yg sgt membuatkan aku belajar untuk jadi lebih kuat...terima kasih sangat pada kak zieman..kak wawa..kak zira..abg arif..kak ain..kak zana..dan au yeong how.. walaupun aku tidak rapat dan tidak pandai menjaga hati mereka semua tapi aku sangat-sangat berterima kasih pada mereka..terutama kak zieman..aku kagum dengan kehebatannya dalam menghasilkan penulisan yang menarik..ingin aku jadi seperti beliau...tapi aku tahu aku tidak memiliki bakat itu..
tempat aku mungkin bukan di mstar.....mungkin aku tidak pandai untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sana....tapi aku jadikan pengalaman di sana sebagai satu tapak untuk aku terus mendaki mencari masa hadapan...aku ingin menjadi seorang penulis..tapi...kini aku lebih berminat untuk menjadi seorang jurugambar....yang manakah lebih sesuai buat aku sebenarnya..? kebuntuan dalam hidup aku.....
tempat aku mungkin bukan di mstar.....mungkin aku tidak pandai untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sana....tapi aku jadikan pengalaman di sana sebagai satu tapak untuk aku terus mendaki mencari masa hadapan...aku ingin menjadi seorang penulis..tapi...kini aku lebih berminat untuk menjadi seorang jurugambar....yang manakah lebih sesuai buat aku sebenarnya..? kebuntuan dalam hidup aku.....
Ahad, 4 Oktober 2009
cinta..sahabat..kasih sayang..
puas aku duduk dpan laptop..belek2 apa yang ada..jenuh aku perah otak untuk aku tulis sesuatu.. setelah aku penat harung perit 4 bulan..baru aku dapat tulis blog aku...
apa erti sebenar cinta, sahabat dan kasih sayang?
kenapa bila bercinta harus ada orang lain dlm hubungan tersebut? knp perlu ada skandal? kekasih gelap dan mcm2 la...
tak boleh ke dalam cinta itu hanya perlu ada 2 pasangan yg bercinta sahaja? puas aku fikirkan tapi tak juga aku temu jawapan..
sahabat..kenapa bila sahabat itu baik pada kita, kita akan mudah sayang dan jatuh cinta pada dia? knp perlu perasaan menjadi cair dan lembut bila ada seseorang yang menjaga dan layan kita dengan baik?
sahabat..adakah sahabat juga lebih penting dari pasangan kita? mengapa perlu libatkan sahabat dalam hubungan cinta? itu pun aku masih xdpt temu jawapannya...
kasih sayang..apakah erti sebenar kasih sayang pada orang yang bercinta? kenapa jika selalu perkataan 'i love u' diucapkan, tetapi masih nak bertegang urat, ego, dll lagi..
adakah kasih sayang ini hanya 2 patah perkataan yang tidak membawa apa2 makna? itu jugak aku xtahu jawapannya...
cinta..sahabat..kasih sayang... apa erti sebenarnya...
Langgan:
Catatan (Atom)